Posts

Showing posts from November, 2019

Adam

Segagah dan sehebat manapun kau melihat seorang Adam,  ada satu yang kau perlu ingat !! Bahawa dia juga seorang manusia, yang punya kelemahan, yang perlu pendamping, yang memerlukan seseorang sebagai peneman. Dia juga mengerti apa itu sakit, sedih duka, penat, lelah, dan takut. Dia juga merasa apa yang kau rasa, Dia juga mungkin mengalami pelbagai masalah. Yang dia pendam sendiri  kerna tidak mahu orang lain melihatnya lemah.  Dia juga manusia biasa Yang mengharungi liku-liku kehidupan penuh onak dan duri. Jadi, mustahil untuk kau meminta agar dia sentiasa bahagia Kerana terkadang, kesulitan itulah yang mengajar erti bahagia yang sebenar. Dan jika engkau menyayanginya, maka berdoalah. Agar dia sentiasa berada dalam lindungan dan jagaan-Nya.  Agar dia sentiasa kuat dalam menghadapi hari-harinya.

Surat buat Dia, Gadis Perantauan

Sabtu, 16 November 2019 Kau tahu apa aku rasa tentang dia? Walau kami saling tidak mengenali Namun saat aku berbicara dgnnya  Walau sebentar, Aku rasa seperti aku mendapat kawan baharu Aku ingin dia bahagia Dan sentiasa tabah dlm menghadapi hari-harinya Walau aku tidak mengenalinya  Tetapi sebagai saudara seagama, Dan saudara sejantina Walau tak semua kisahnya aku tahu Sedikit sebanyak daripadanya, ada yang aku mengerti Entah mengapa.. Aku sepertinya ingin yang terbaik buatnya Apalagi setelah aku mengetahui Bahawa dia adalah anak perantauan Pasti sukar buatnya untuk menghadapi liku-liku hidupnya Bersendirian, tanpa keluarga di sisi Ya Allah, andai dia sedang alami kesedihan, yang disebabkan olehku Maka kau angkatkanlah kesedihan itu Lupakan ia dari ingatannya Dan gantikan kesedihan itu dgn satu kebahagiaan Tabahkanlah hatinya ya Allah.. 😞