Surat buat Dia, Gadis Perantauan
Sabtu, 16 November 2019
Kau tahu apa aku rasa tentang dia?
Walau kami saling tidak mengenali
Namun saat aku berbicara dgnnya
Walau sebentar,
Aku rasa seperti aku mendapat kawan baharu
Aku ingin dia bahagia
Dan sentiasa tabah dlm menghadapi hari-harinya
Walau aku tidak mengenalinya
Tetapi sebagai saudara seagama,
Dan saudara sejantina
Walau tak semua kisahnya aku tahu
Sedikit sebanyak daripadanya, ada yang aku mengerti
Entah mengapa.. Aku sepertinya ingin yang terbaik buatnya
Apalagi setelah aku mengetahui
Bahawa dia adalah anak perantauan
Pasti sukar buatnya untuk menghadapi liku-liku hidupnya
Bersendirian, tanpa keluarga di sisi
Ya Allah, andai dia sedang alami kesedihan, yang disebabkan olehku
Maka kau angkatkanlah kesedihan itu
Lupakan ia dari ingatannya
Dan gantikan kesedihan itu dgn satu kebahagiaan
Tabahkanlah hatinya ya Allah..
😞
Comments
Post a Comment