Adam

Segagah dan sehebat manapun kau melihat seorang Adam, 
ada satu yang kau perlu ingat !!
Bahawa dia juga seorang manusia,
yang punya kelemahan,
yang perlu pendamping,
yang memerlukan seseorang sebagai peneman.

Dia juga mengerti apa itu sakit, sedih duka, penat, lelah, dan takut.
Dia juga merasa apa yang kau rasa,
Dia juga mungkin mengalami pelbagai masalah.
Yang dia pendam sendiri kerna
tidak mahu orang lain melihatnya lemah. 

Dia juga manusia biasa
Yang mengharungi liku-liku kehidupan penuh onak dan duri.
Jadi, mustahil untuk kau meminta agar dia sentiasa bahagia
Kerana terkadang,
kesulitan itulah yang mengajar erti bahagia yang sebenar.

Dan jika engkau menyayanginya, maka berdoalah.
Agar dia sentiasa berada dalam lindungan dan jagaan-Nya. 
Agar dia sentiasa kuat dalam menghadapi hari-harinya.

Comments

Popular posts from this blog

Laungan Keramat

#3 Silapku

Menunggu yang Mustahil