Posts

Showing posts from June, 2023

#3 Silapku

Sejarah berulang,  Dahulu dengan temanmu, Kini denganmu,  Kisah hati yang hampir sama, Manisnya awal perkenalan, Namun berujung dengan pengkhianatan. Benarlah kata orang, Jika ingin mengenali seseorang, Perhatikan bagaimana sahabatnya, Tentu perangainya tidak jauh beza.  Akan tetapi ada satu perkara yang aku syukuri, Aku tidak memberikan sepenuh hatiku, Telah kubelajar dari kesilapan lalu, Namun aku telah mempercayaimu, Dan kau telah mengkhianati kepercayaan itu. Di situ silapku. Aku tak seharusnya mudah percaya, Dengan orang yang kukenal di alam maya, Baru pertemuan kali pertama,  Aku sudah berani percaya. Di situ silapku. Kau yang dulu membuatku bahagia, Kini hanya memberi luka dan trauma, Berapa kali lagi harus kumenanggung kecewa?  Berapa kali lagi harus kuterluka? Kini aku tekad mengejar mimpiku, Kukunci lagi pintu hatiku, Enggan peduli soal hati,  Buat kamu yang bakal menyinggah, Mungkin di masa akan datang, Maaf, aku sudah tidak percaya janji manis l...

#2 Trauma

Dahulu aku pernah memerhatikanmu, Kau terlihat baik, Mengambil berat soal temanmu, Ingin kuberkenalan denganmu, Tapi aku pemalu, Aku juga sedar harga diriku, Seorang wanita tak seharusnya bertindak dahulu. Tahun lalu, Tuhan pertemukan kita, Kau tidak tahu betapa bahagianya aku, Mulanya perkenalan, Lalu menjadi kawan, Hari-hariku tidak lagi sunyi. Kau sedaya upaya cuba memikat hati, Meski aku terlihat tidak endah,  Sebenarnya terbit suatu rasa di hati. Dalam singkatnya perkenalan kita, Ibuku dipanggil pergi menghadap-Nya. Aku yang berharap kau akan menemani, Ternyata juga berlalu pergi. Tidak kusangka pengakhirannya begini. Kini aku tinggal sendiri, Menghidupi hariku dengan fantasi.

#1 Terbuai

Kukira kau yang bakal menemani, Ternyata kau juga mengkhianati. Aku pernah berjanji dengan diri,  Bahawa aku tidak akan jatuh cinta lagi, Terutama dengan cinta yang tidak pasti, Aku teguhkan diri, Pintu hati kukunci, Agar tak siapa mendekati.  Tetapi lihatlah, betapa lemahnya aku, Digoda kata-kata manismu, Terbuai janji-janji palsumu. Katamu kau berbeza dari yang lain.  Benarlah, kau berbeza. Yang kau curi bukan hanya hati, Tetapi juga harga diri.