Keindahan, Bukan Terletak pada Fizikal
Apa guna sempurna fizik Jika tiada iman di dada Apa guna akal yang cerdik Jika tidak pernah memikirkan agama Apa guna suara yang lunak Jika kalamullah tidak mampu dibaca Apa guna wajah yang cantik Jika hati banyak berdengki Apa guna paras yang elok Jika adab banyak yang cela Menjadi seorang manusia itu biarlah dalamannya seiring luaran Bukan hanya cantik manis di luar Tetapi batinnya jelik Janganlah kufur akan nikmat yang dikurnia dan sering mengeluh akan kekurangan diri Justeru, gunakanlah ia sebaiknya dan tetaplah menjalani kehidupan dengan penuh rasa syukur Walau fizikalmu terasa kurang Percayalah, bahawa Tuhan telah menjadikanmu cukup sempurna Tuhan menjadikan manusia itu sebaik-baik ciptaan Fokus saja pada yang dalaman Kerna Tuhan hanya melihat hatimu Dia tidak pernah peduli bagaimana rupa mu