#1 Terbuai

Kukira kau yang bakal menemani,

Ternyata kau juga mengkhianati.


Aku pernah berjanji dengan diri, 

Bahawa aku tidak akan jatuh cinta lagi,

Terutama dengan cinta yang tidak pasti,

Aku teguhkan diri,

Pintu hati kukunci,

Agar tak siapa mendekati. 


Tetapi lihatlah, betapa lemahnya aku,

Digoda kata-kata manismu,

Terbuai janji-janji palsumu.


Katamu kau berbeza dari yang lain. 

Benarlah, kau berbeza.

Yang kau curi bukan hanya hati,

Tetapi juga harga diri.

Comments

Popular posts from this blog

Laungan Keramat

#3 Silapku

Menunggu yang Mustahil