Keindahan, Bukan Terletak pada Fizikal

Apa guna sempurna fizik

Jika tiada iman di dada


Apa guna akal yang cerdik

Jika tidak pernah memikirkan agama


Apa guna suara yang lunak

Jika kalamullah tidak mampu dibaca


Apa guna wajah yang cantik

Jika hati banyak berdengki


Apa guna paras yang elok

Jika adab banyak yang cela


Menjadi seorang manusia itu

biarlah dalamannya seiring luaran

Bukan hanya cantik manis di luar

Tetapi batinnya jelik


Janganlah kufur akan nikmat yang dikurnia

dan sering mengeluh akan kekurangan diri

Justeru, gunakanlah ia sebaiknya

dan tetaplah menjalani kehidupan

dengan penuh rasa syukur


Walau fizikalmu terasa kurang

Percayalah, bahawa Tuhan telah menjadikanmu cukup sempurna

Tuhan menjadikan manusia itu sebaik-baik ciptaan

Fokus saja pada yang dalaman

Kerna Tuhan hanya melihat hatimu

Dia tidak pernah peduli bagaimana rupa mu


Comments

Popular posts from this blog

Laungan Keramat

#3 Silapku

Menunggu yang Mustahil