Duhai Hawa

Duhai Hawa,
Janganlah menjadi seperti purnama,
Yang dikagumi ramai kerana indah di mata,
Namun jadilah seperti matahari,
Yang tidak bisa ditatap, terik sekali,
Apalagi disentuh mahupun didekati.

Namun jika tidak bisa menjadi matahari,
Cukuplah sekadar mawar yang berduri,
Cantik dipandang, baunya wangi,
Namun juga sukar untuk didekati,
Hanya yang benar-benar tulus sahaja dapat memiliki. 🌹

Wanita itu ibarat permata, 💎
Sudahlah cantik, bernilai pula,
Di sisi Islam, sangat tinggi darjatnya,
Kecantikanmu hanyalah buat yang selayaknya,
Bukan untuk tatapan percuma para ajnabi,
Dari mata turun ke hati,
Khuatir ia memakan diri,
Maka hendaklah kalian menjaga diri,
Kalau bukan sendiri, siapa lagi?

Aku bukan sempurna, cuma aku sayang korang semua 💝

Comments

Popular posts from this blog

Laungan Keramat

#3 Silapku

Menunggu yang Mustahil