Warna-Warni Kehidupan

Suasana yang ceria
Dunia tampak beraneka warna
Penuh dengan keriangan gelak tawa
Riak gembira jelas terpancar
Tidak mengenal sedih duka
Marah dan gundah jarang sekali dirasai
Hari-hari itu adalah
hari-hari terindah
Tetapi ia pasti berlalu

Langit yang cerah bertukar mendung
Kadangkala membawa hujan, guruh dan ribut petir
Namun mendung juga semestinya tidak kekal
kerana langit itu sifatnya sentiasa berubah
Sinaran mentari pasti kembali
Adakalanya muncul bersama pelangi

Begitu juga kehidupan
Sentiasa berubah-ubah
Semuanya datang dan berlalu pergi
Tiada satu pun yang kekal
Jadi mengapa harus meratapi apa yang telah berlaku?
Ayuh, hapus air matamu
Bangkit dan percayalah
Ada hikmahnya di sebalik semua ini
Ada sinarnya disebalik setiap kegelapan


Comments

Popular posts from this blog

Laungan Keramat

#3 Silapku

Menunggu yang Mustahil