Impian Setinggi Langit
Usahlah sering mendongak langit
Kerana ia membuat engkau alpa
Terhadap apa yang dimiliki
Serta meragut rasa syukur kepada-Nya
Tetapi andai engkau punya impian setinggi langit
Kerana ia membuat engkau alpa
Terhadap apa yang dimiliki
Serta meragut rasa syukur kepada-Nya
Tetapi andai engkau punya impian setinggi langit
Genggamlah ia dengan erat
Lalu kejarlah angan mu itu
Tebarkan sayapmu
Terbang setinggi-tingginya
Usahalah semampunya
Tetapi awas!
Jangan biarkan angin jadi penghalang
Jangan sampai kau terbuai, lalu terapung di awangan
Seringlah tetapkan dirimu supaya
Sentiasa berpijak di bumi nyata
Agar engkau sentiasa ingat kedudukanmu
Tetaplah maju ke hadapan
dan jangan pernah berhenti melangkah
Kerna pabila tiba waktunya
Kau akan menemui jalan
Panjatlah tangga itu yang menuju ke angkasa
Di mana terletaknya impianmu
Biar punya cita-cita setinggi langit
Tetapi jangan sekali mencari kesempurnaan
Lalu kejarlah angan mu itu
Tebarkan sayapmu
Terbang setinggi-tingginya
Usahalah semampunya
Tetapi awas!
Jangan biarkan angin jadi penghalang
Jangan sampai kau terbuai, lalu terapung di awangan
Seringlah tetapkan dirimu supaya
Sentiasa berpijak di bumi nyata
Agar engkau sentiasa ingat kedudukanmu
Tetaplah maju ke hadapan
dan jangan pernah berhenti melangkah
Kerna pabila tiba waktunya
Kau akan menemui jalan
Panjatlah tangga itu yang menuju ke angkasa
Di mana terletaknya impianmu
Biar punya cita-cita setinggi langit
Tetapi jangan sekali mencari kesempurnaan
Comments
Post a Comment