Cinta Fantasi
Mulut kata benci
Tapi mata dalam diam memerhati
Hati kata tak pasti
Perasaan yang sukar dimengerti
Biarlah aku hidup dalam fantasi
Di dalam khayalan yang kucipta sendiri
Kerana dirimu telah pergi
Menyepi
Kau pernah menyinari hati ini
Walau hanya sebentar, aku amat menghargai
Aku lemah dalam menghadapi realiti
Kerana cintamu telah dimiliki
Cinta kau dan dia, cinta mati
Sejati yang abadi
Comments
Post a Comment