Rintihan Sekeping Hati

Sia-sia aku setia
Kerana diri ini tak pernah dihargai
Sia-sia aku menunggu
Cinta yang tak pernah tiba

Tiada guna jika mendesak
Hati yang terkunci
Orang yang tak sudi
Ibarat daun semalu
Yang menguncup tatkala disentuh

Aku mula berpaling arah
Dek pilu yang kian merintih
Jiwaku sering dilukai
Hatiku sering disakiti
Mungkin hatiku masih padanya
Mendahagakan cinta
Mendambakan kasih

Tetapi kini biarlah aku melangkah pergi
Biar dia jadi pengganti
Penghibur di kala sepi
Penawar di kala rindu
Biar dia bertakhta di hati
Menjadi pengubat duka dan lara

Comments

Popular posts from this blog

Laungan Keramat

#3 Silapku

Menunggu yang Mustahil